#10 Liebherr T 282B
T 282B ni adalah trak terbesar keluaran Liebherr, mampu mengangkat dan memunggah beban berat sehingga 400 metrik tan. Bagi sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan direct dengan kilang diorang, harga sebijik dalam lingkungan 5 juta USD (boleh beli 5 bijik lamborghini kot kalau bagi kat aku). Biasa mat saleh guna menatang ni untuk angkut emas, kuprum, arang batu dan besi. Besi padat macam emas tu memang berat kalau nak angkut guna lori biasa dalam kuantiti yang banyak, jadi diorang guna benda ni.
#9 - Bagger 288
Berat jentera ni dalam lingkungan 12,804 metrik tan, 75m panjang, 32m tinggi & 14m lebar. Nak buat sebijik jentera ni makan masa sampai 5 tahun dengan kos 100 juta USD (kalau ade duit sebanyak ni memang aku tidur atas timbunan duit lar tiap hari). Tujuan utama jentera ni guna untuk melombong arang batu. Kalau pergi ke Hambach, Jerman boleh cari sebijik kalau nak bergambar. Haha. Dengan jentera ni korang boleh korek kawasan seluas 76,000 meter persegi sehari bersamaan luas padang bola dengan kedalaman 30 meter (luas tuu). Produk arang batu yang dikorek boleh penuhkan 2,400 kontena keretapi lombong sehari. Cuba perhati dalam gambar atas tu ade sebijik kereta dekat bawah jentera. Perghhh besar gile benda ni!!
#8 - Komatsu D575
Bulldozer ni keluaran jepun. Tengok nama pun dah tau. Tapi orang sana tak panggil benda ni bulldozer. Kalau korang nak tau diorang panggil jentera ni superdozer, sebab ia adalah bulldozer paling besar dalam dunia dan paling berkuasa. Bukan motorsikal berkuasa besar tau, tapi dozer berkuasa gergasi. Enjin diesel 12 silinder superdozer ni guna boleh jana sehingga 1,165 kuasa kuda (HP) & kapasiti mengangkut adalah lebih 69m3
#7 - Terex RH 400
Terex RH400 ni adalah excavator hidraulik paling besar dalam dunia dengan berat 1,078 tan. Kapasiti penyodoknya boleh memuatkan 94 tan tanah dan boleh angkut 9,900 tan sejam, pemegang rekod dunia untuk jentera jenis excavator. Jentera ni boleh bekerja dalam keadaan ekstrem dengan sistem hidraulik 3400 gelen (paling besar setakat ni). Fuhh.. kalo nk korek jamban ni seminit dah setel.
#6 - Big Brutus
Big Brutus ni nama timangan bagi Bucyrus-Erie model 1850B excavator kuasa elektrik. Excavator kedua terbesar bagi jenis elektrik dan paling lama beroperasi dari tahun 1960 hingga 70-an. Skang ni jadi bahan tontonan umum muzium perlombongan di West Mineral, Kansas. Bapak segala excavator!!
#5 - Big Bud 747
Big Bud 747 ni nama bagi traktor gergasi custom made yang dibuat di havre, Montana tahun 1977. Big Bud ni pemegang rekod traktor pertanian terbesar dunia. Dibuat oleh Ron Harmon dan pekerja-pekerja Northern Manufacturing Company dengan kos sebanyak 300,000 USD.
#4 - Volvo NH15 BP Tanker
Lori tanker ni diorang mat saleh panggil road train. Konsep road train ni digunakan untuk mengangkut bahan bakar petroleum di Argentina, Australia, Mexico, USA dan Canada. katanya paling effisien untuk transport petrol ke stesen-stesen minyak di kawasan gurun. Macam mana la agaknya diorang masuk R&R ek??
Siri ultra-class 2 muatan berasingan Caterpillar 797 adalah trak pengangkut yang dibuat oleh United States Caterpillar Inc. Kegunaan utama adalah untuk perlombongan hasil tinggi dan mengangkut bahan binaan. Banyak dijumpai serata dunia. Tapi dekat Malaysia ada ke?? Heheh.
#2 - Terex 33-19 "Titan"
Model Terex 33-19 ni prototaip je. Ultra class, kerangka rapuh dan berkuasa diesel. Model ni hanya satu satunya Titan yang dikeluarkan oleh Terex Division of General Motors dan dibuat di London. Kalau nak tengok model ni boleh ke Sparwood, BC, Canada. Tersadai dalam muzium untuk tontonan umum. Ni kalau naik atas jalan raya hancur habis jalan.
#1 - Platform Pelancar Bergerak NASA
Kalau korang pernah tengok pelancaran roket ke angkasa mesti korang perasan ade platform pelancar yang bawak roket NASA tu ke kawasan pelancaran. Pertama sekali digunakan untuk program Apollo pada tahun 1960 dan masih berfungsi sehingga hari ini dengan sedikit ubah suai. Paling besar dan pemenang bagi semua jentera lain di atas. Boleh buat taman perumahan dekat atas tu kot.
No comments:
Post a Comment